Taklimat eKelas di SMK Lopeng Tengah

17 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober yang lepas, Pusat Internet Kg Luak telah menerima jemputan dari Pihak Maxis untuk turun bagi menjayakan taklimat eKelas yang diadakan di SMK Lopeng Tengah, Miri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan mengenai eKelas dan seterusnya pendaftaran ahli baru untuk eKelas. Dengan adanya aktiviti ini, pihak sekolah dan pelajar dapat mengetahui bahawa eKelas mempunyai aktiviti yang sangat menarik seperti kelas Live tutorial dan semuanya adalah percuma. Seramai 100 orang pelajar yang menyertai taklimat tersebut dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali